PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)- INFO YANG WAJIB ANDA TAHU

   

Anda berada di sini kerana anda bercita-cita dan mahu menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) bukan?

Ianya merupakan perkhidmatan utama yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara.

Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan juga badan-badan antarabangsa.



Sejarah Awal…


Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik diwujudkan sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan.

Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya.

Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir Diplomatik..

Tugas-tugas Utama ..


Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik,secara asasnya anda bertanggungjawab:

1.Merancang,menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi,sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah.

2.Perancangan dan pentadbiran sosial.

3.Hubungan anatarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri).

4.Keselamatan/ketahanan.

5.Pengurusan teknologi maklumat.

(Sumber:spa.gov)

Syarat Kelayakan..

Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukanlah sesuatu yang semudah yang disangka.

Oleh kerana itu, ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri.

Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadiPegawai Tadbir Diplomatik.

Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd, mungkin ada masalah dengan kelulusan anda.

Syarat Kelulusan:

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;

Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan

Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Sumber:spa.gov)

Proses Pemilihan dan Ujian…

Proses pemilihannya boleh dikategorikan sebagai salah satu proses yang agak ketat dan sukar berbanding dengan jawatan-jawatan kerajaan yang lain.

Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.

1.Ujian Bertulis/online oleh SPA

Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian ptdmenuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting.

Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.
.
Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan. Bagi exam tahun 2019, format telah ditukar dan tidak sama seperti sebelum ini. Format terbaru adalah seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. 

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah. 

Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris

2.PTD Assesement Centre

Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessement Centre untuk dinilai dengan lebih dekat.

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC) yang dikendalikan oleh Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN)

PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

Tatakelakuan

-Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya ketimuran.

Penampilan

-Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan disenangi dalam sebarang suasana

Keyakinan Diri

-Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya tahan(tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental dan fizikal)

Penggerak Kumpulan

-Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan

Potensi Kepimpinan

-Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik

Pengetahuan dan Kematangan Idea

-Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan diterima

Kemahiran berkomunikasi

-Berkebolehan  berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesanP

Pengucapan awam/Public speaking

-Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan berkesan

Debat ala parlimen

-Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah

Selain itu,calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

3.Sesi Temuduga

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA.

Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA.

Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD.

Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran pelantikan sebagai pegawai PTD.

Untuk menjadikan para pegawai muda  ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus dan latihan pegawai ptd yang baru dilantik telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut

Kesimpulannya..

Pemilihan untuk menjawat jawatan  PTD tidak lah semudah yang disangka. Tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda layak menjawat jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK 


Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti dan para graduan baru.Sekiranya pelajar berminat menceburi kerjaya ini, mereka perlulah mempunyai kelayakan akademik yang baik, dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara.

Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Jawatan ini agak unik berbanding jawatan lain di sektor awam kerana calon-calon perlu melalui beberapa tahap penilaian sebelum dilantik ke jawatan ini secara tetap. Calon-calon yang memohon serta layak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan memasuki peperiksaaan perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik. Selepas itu, mereka akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Peringkat seterusnya ialah apabila berjaya melalui proses temuduga calon akan dilantik ke jawatan itu secara sementara. Di peringkat ini, calon perlu mengikuti latihan di institut tadbiran awam negara. Selepas menamatkan pengajian, bakal PTD akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Awam. Selepas mendapatkan Diploma tersebut barulah calon dilantik secara tetap sebagai PTD.

TUGAS-TUGAS UMUM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)

Secara umumnya, diantara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang PTD termasuklah :

• Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber  tenaga manusia dan organisasi

• Sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.


Selain itu, mereka terlibat dengan tugas-tugas lebih mencabar meliputi:

• Hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara,keselamatan, Pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Untuk melayakkan calon mendapat peluang berkhidmat di kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, calon perlulah mempunyai ciri kepimpinan PTD yang ideal.

8 BIDANG TUGAS UTAMA PTD


Tanggapan seorang PTD hanya melakukan kerja-kerja berkaitan politik juga perlu dikikis. Ini kerana tugas PTD pelbagai. Terdapat 8 bidang tugas utama PTD dan seorang calon perlu “groom” diri masing-masing untuk 8 bidang yang telah dikhususkan ini.

Berikut merupakan 8 bidang tugas utama PTD sekiranya anda hendak menjadi PTD.

1. Pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi
2. Pengurusan kewangan
3. Keselamatan dan pertahanan negara.
4. Pengurusan teknologi maklumat
5. Perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur
6. Pentadbiran dan pembangunan wilayah /perbandaran/tanah/daerah/tempatan
7. Pengurusan ekonomi
8. Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.

Peranan seorang PTD dan bidang tugas PTD berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan perubahan negara. Perubahan ini dipengaruhi struktur politik, keselamatan, ekonomi dan sosial negara.Perkembangan pesat teknologi dan maklumat kini mungkin akan mempengaruhi tugas dan peranan seorang PTD.

KENAPA NAK JADI PTD?

Untuk pengetahuan anda,soalan ini merupakan soalan penting yang tidak kurang popular dalam sesi temuduga PTD.

Sebut sahaja kerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), pasti ia menjadi jawatan idaman kebanyakan graduan lepasan universiti. Tidak mengira jenis pengajian atau jurusan yang diambil, pasti jawatan PTD menjadi pilihan semasa mengisi permohonan kerja melalui SPA. Hebat bukan? Itu penangan jawatan ini. Ramai beria-ia mengisi kekosongan jawatan eksklusif kerja kerajaan ini.

Jika soalan yang sama diajukan kepasa anda calon PTD, apa jawab anda? Adakah kerana skim gaji yang ditawarkan? Atau kerana taraf prima jawatan ini?

JADI KENAPA ANDA HENDAK MENJADI PTD?

Sebagai seorang calon dalam panggilan sebelum ini,maka ini jawapan saya:

“Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kerja ini adalah satu kerja dan profesion yang begitu tinggi nilainya dan mereka yang terpilih merupakan calon best of the best”.

Terbaik dari segi intelektualnya, terbaik dari segi penampilanya, terbaik dari segi percakapannya dan terbaik dari segala segi yang dicari sebagai seorang pegawai tadbir dan diplomatik. Ratanya yang menjawat jawatan ini mempunyai ciri kepimpinan terbaik sebagai seorang PTD.

Untuk mereka yang ingin menjadi PTD atas faktor kewangan atau skim gaji yang ditawarkan, maka PTD bukan solusi yang tepat. Namun dalam jangkamasa panjang sudah tentu jawatan PTD boleh memberi kelegaan dalam hal ini.

LULUS PEPERIKSAAN, LEPASI DAN DIPANGGIL TEMUDUGA

Untuk menjadi PTD, calon perlu lulus halangan peperiksaan, PAC dan temuduga terlebih dahulu. Itu halangan awal anda. Calon tidak layak akan disisihkan melalui halangan peringkat awal.

Lulusnya peperiksaan online PTD akan melayakkan anda menghadiri PSC.Lulus PAC barulah anda akan dipanggil temuduga dan seterusnya menjawat jawatan ini.Untuk mendapatkan panduan peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik pastikan anda, Klik sini:




MAKLUMAT JAWATAN : GAJI, SYARAT LANTIKAN DAN DESKRIPSI TUGAS PTD

Jika anda benar-benar berminat dengan kerjaya PTD, maka anda perlu ketahui tentang maklumat jawatan, gaji, syarat lantikan dan deskripsi tugas PTD. Persediaan awal sedikit sebanyak akan menbantu anda menjawat jawatan ini.

Deskripsi Tugas PTD:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-asar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab : Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual  :  Rm 2,252.80 (gaji minumum)

Syarat lantikan:

Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang iiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan RM2,252.80) atau

Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan: dan

Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Perhatian : calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri “Assesment Centre” di INTAN. Hanya calon yang melepasi assesment itu akan ditemuduga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Di atas sedikit sebanyak yang pihak kami dapat kongsikan mengenai maklumat jawatan: Gaji , syarat lantikan dan deskripsi tugas PTD. Semoga anda, calon dan bakal calon PTD Malaysia mendapat sedikit maklumat dalam persediaan menjawat pilihan anda.

Untuk lebih maklumat, sila rujuk contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik yang kami kongsikan ini.

           
             DOWNLOAD SINI